the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KK Mart Sungai Isap: Polis Pahang rakam keterangan empat individu

KUANTAN: Polis Pahang telah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan kes cawangan KK Mart Sungai Isap di sini dibaling bom petrol atau ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran kecil pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata empat individu berkenaan termasuk pengadu dan saksi serta akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Saya sudah minta Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) meningkatkan rondaan di kesemua 15 cawangan KK Mart dan dua stor di Pahang,” katanya ketika ditemui media pada Program Pencegahan Jenayah Polis Pahang di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini hari ini.

Yahaya turut menasihatkan semua pihak supaya tenang dan tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.

Pada 30 Mac lepas, cawangan KK Mart yang baru beroperasi dua minggu itu dibaling bom petrol oleh individu tidak dikenali sehingga menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings