the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
27 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 10,000 unit Residensi Madani, Wilayah akan dibangunkan di Putrajaya

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 unit Residensi Madani dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2027.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pembangunan kedua-dua jenis residensi itu akan memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman mampu milik pada harga di bawah RM 300,000.

“Ini adalah satu daripada usaha peningkatan darjat hidup rakyat di bawah kluster Program Usaha Jaya Insan (PUJI) melalui inisiatif Lindung @ PUJI.

“Insya-Allah di Putrajaya projek ini akan dibangunkan di pelbagai Presint dengan sasaran melebihi 10,000 unit yang akan dibina bermula 2024 dan siap pada 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri isu dan ketersediaan pemaju bagi memulakan projek perumahan Residensi Madani dan Wilayah yang akan dibangunkan di Putrajaya.

PUJI merupakan satu daripada inisiatif atau program memperkasa warga Wilayah Persekutuan yang telah dirangka sebagai pendekatan inklusif dalam menangani isu sosio ekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img