the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia jadi negara pertama peroleh kebenaran operasi pusat kesihatan

MAKKAH: Bagi dua tahun berturut-turut, Malaysia menjadi negara pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (gambar) berkata pusat kesihatan Tabung Haji (TH) di Madinah lulus saringan dan pemeriksaan ketat Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada 25 Mei lepas.

“Ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada perkhidmatan kesihatan dan juga menunjukkan persediaan kita serta fasiliti yang ada telah mencapai satu tahap tinggi yang membolehkan kepada kebenaran beroperasi ini,” katanya dalam sidang media di sini.

Jelasnya saringan pada tahun ini lebih ketat berbanding tahun lepas dengan negara perlu memenuhi kriteria dari segi fasiliti, peralatan, ruang beroperasi, jumlah pakar perubatan dan pengurusan sisa klinikal.

Syed Saleh berkata amalan dan prosedur operasi standard (SOP) sektor kesihatan Malaysia membantu kelulusan berkenaan, selain hubungan baik Malaysia-Arab Saudi khususnya rombongan haji negara dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Dari segi nisbah kemudahan yang disediakan seperti katil dan doktor dengan jumlah jemaah haji, saya rasa kita tidak dapat menafikan bahawa kita yang terbaik dan tertinggi berbanding dengan pihak lain,” katanya.

Sementara itu, Syed Saleh memaklumkan seramai 9,078 jemaah haji telah tiba di Tanah Suci menaiki 30 penerbangan dengan 6,112 kini berada di Madinah dan 2,966 di Makkah.

Beliau berkata setakat ini, enam jemaah haji dimasukkan ke wad pusat kesihatan TH di Madinah manakala dua di Hospital Arab Saudi di Makkah akibat masalah kesihatan.

Menurutnya seorang daripada jemaah cedera di kaki akibat terjatuh manakala yang lain mengalami jangkitan paru-paru dengan kesemua mereka yang berumur 60 tahun ke atas berada dalam keadaan stabil.

Katanya ahli keluarga telah dimaklumkan mengenai situasi jemaah haji berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings