the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB Kelantan arah semua agensi, wakil rakyat bantu penduduk di kawasan banjir

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah mengarahkan semua agensi dan wakil rakyat di negeri itu agar mengambil langkah perlu bagi membantu penduduk di kawasan masing-masing susulan hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kelantan.

Malah menurut beliau, beberapa sungai termasuk Sungai Golok dan Sungai Jawi di Pasir Mas, Sungai Kelantan serta Sungai Semerak di Pasir Puteh telah menunjukkan kenaikan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Kelantan agar sentiasa peka kepada situasi cuaca. Patuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan untuk berpindah, awasi keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua.

“Sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan agar negeri kita dilindungi daripada banjir besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings