the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB: Kerajaan Pahang pertimbang bonus Raya penjawat awam

KUANTAN: Kerajaan Pahang mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam negeri sempena Aidilfitri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Saya sedang mengkaji kedudukan kewangan kerajaan negeri,“ katanya ringkas ketika ditanya mengenai pemberian bonus raya kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri ini.

Kerajaan Pahang sebelum ini mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 yang diberikan kepada penjawat awam negeri awal tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM39.6 juta.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Dividen Ladang Usaha Sama Integrasi Lembu dan Sawit Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Bukit Gayong kepada peserta E-Kasih di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 336 peserta PPRT daripada senarai nama E-Kasih menerima dividen sebanyak RM5,306 seorang dengan jumlah keseluruhan pembayaran berjumlah RM1.78 juta.

Selain itu, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) turut menyumbang lebih RM2.5 juta sebagai bayaran kepada kerajaan negeri hasil usaha sama Ladang Intergrasi PPRT Bukit Gayong, Muadzam Shah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings