the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti perkukuh hala tuju kaum India

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran (gambar) berkata parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu-isu berkaitan kaum India di negara ini.

Beliau berkata dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC hari ini, kepimpinan tertinggi parti itu telah bersetuju dengan kerjasama berkenaan dan satu sidang media bersama akan diadakan bagi menjelaskan tentang kerjasama itu.

“Parti MIC dan Makkal Sakti akan bekerjasama, supaya kita dapat memastikan bahawa isu-isu berkaitan kaum india menjadi keutamaan parti dan perhatian kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Ibu Pejabat MIC hari ini.

Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC meminta Kementerian Komunikasi dan Digital untuk menghalang kemasukkan dan penayangan filem-filem, yang dikaitkan dengan seorang menteri di Tamil Nadu, India susulan kenyataan pemimpin itu yang menyentuh sensitiviti agama Hindu baru-baru ini, ke negara ini.

“Hal ini kerana di negara kita, Malaysia ini sebuah negara majmuk di mana agama rasminya Islam dan terdapat banyak lagi agama-agama yang lain dan negara kita sensitif dengan perkara-perkara berhubung agama,” katanya.

Vigneswaran juga berkata parti itu, akan mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat minggu hadapan di hadapan kedutaan India di sini, bagi menyerahkan memorandum dan manyatakan bantahan terhadap kenyataan pemimpin berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings