the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamed Khaled: Tempoh pengajian 44 program dipendekkan kepada tiga tahun

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengenal pasti 44 program pengajian di sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk dipendekkan tempoh pengajian dari empat tahun kepada tiga tahun.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata pemendekan tempoh pembelajaran itu akan dapat membantu mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar.

“Pada masa yang sama, ia membuka peluang untuk graduan memasuki pasaran kerja setahun lebih awal,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Jom Masuk U di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, di sini hari ini.

Beliau berkata langkah berkenaan adalah usaha berterusan KPT dalam mengemas kini dan menyusun program dan jurusan yang ditawarkan oleh IPT di seluruh negara dengan cara terbaik serta menguntungkan semua pihak.

Pada sidang media selepas majlis penutupan itu, Mohamed Khaled berkata pemendekan tempoh pengajian itu hanya melibatkan program dan jurusan IPTA yang bermula tahun ini.

Menyentuh inisiatif baharu kementerian itu dalam meningkatkan minat serta akses ke IPT, beliau berkata sebanyak 95 program pengajian ijazah sarjana muda daripada 19 universiti awam bersedia melaksanakan pembelajaran anjal bermula dengan kemasukan sesi akademik 2023/2024.

Beliau berkata ini adalah selaras dengan cadangan KPT untuk memperkenal sistem pembelajaran hibrid dan anjal bagi para pelajar menghadiri kuliah di universiti pada tahun pertama dan tahun akhir sahaja.

“Pada tahun-tahun di pertengahannya, pelajar akan diberi pilihan dan keanjalan untuk mengikuti pengajian dari rumah tanpa perlu hadir secara fizikal di kelas. Maksudnya, mahasiswa boleh menghadiri kuliah secara dalam talian sahaja,” katanya.

Mengulas Program Pembangunan Siswa Sulung (SULUNG) yang mula dilaksanakan tahun lepas, beliau berkata 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 akan dikecualikan sepenuhnya daripada yuran pengajian di semua 20 universiti awam.

“Inisiatif ini akan memberi implikasi kewangan keseluruhan kira-kira RM30 juta kepada semua universiti awam,” katanya.

Program SULUNG diperkenalkan KPT bertujuan untuk memberikan peluang dan kemudahan kepada generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40 melanjutkan pengajian ke menara gading. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings