the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas helikopter: Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GEORGE TOWN: Keluarga Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak memohon kerjasama semua pihak supaya memberikan ruang kepada mereka untuk bertenang.

Adik Muhammad Firdaus yang mahu dikenali sebagai Syahira berkata mereka amat terkejut dengan kejadian itu.

“Kami minta kerjasama semua pihak agar dapat beri ruang untuk keluarga bertenang,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Pantai Jerejak di sini hari ini.

Syahira berkata ibu bapanya telah bertolak ke Pangkalan TLDM Lumut sebaik mengetahui mengenai tragedi itu.

Beliau berkata jenazah akan dibawa balik ke rumahnya di Pantai Jerejak di sini untuk urusan pengebumian.

Menurutnya Muhammad Firdaus, 44, yang merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik itu sangat baik dan mesra dengan semua ahli keluarganya.

Nahas membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) yang berlaku pada 9.32 pagi tadi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Sanjay credits preparation for Asian Games triumph

The 27-year-old credited his Master of Science (MSc) in High Performance Sport with giving him a fresh perspective on the game and a better understanding of how to prepare for major competitions.

Most Viewed

spot_img