the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nancy: Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (gambar).

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jerayawara Kasih KPWKM @ Antigangguan Seksual menerima lebih 1,000 aduan gangguan seksual terhadap lelaki membabitkan pelbagai peringkat usia, sejak program itu dilancarkan pada tahun lepas.

“Pada permulaan program ini, hanya berbelas (aduan gangguan seksual terhadap lelaki) kami terima. Mungkin mereka tidak mahu melaporkannya kepada pihak polis tetapi mereka berani buka cerita kepada kaunselor kita.

“Ada lebih 1,000 pengadu (lelaki) datang melaporkan kepada kaunselor (KPWKM) dan minta nasihat daripada KPWKM (berkaitan gangguan seksual dialami mereka),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @ Antigangguan Seksual serta pelancaran Kempen “Zero Sexual Harassment on Campus” anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Mengenai Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS), Nancy berkata tribunal berkenaan mula beroperasi pada 11 Mac lepas dan sedang meneliti serta mengkaji setiap aduan diterima bagi tindakan susulan.

“Penting kita dengar dulu kes-kes sama ada bersesuaian untuk ambil tindakan (daripada segi undang-undang) dan mereka akan beri nasihat. Jadi sebab itu dari segi statistik ketika ini agak belum tinggi sangat, namun sudah ramai yang bertanya (mengenai TAGS),” katanya.

TAGS ditubuhkan untuk menerima aduan bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024 dan menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil bagi mengendalikan aduan dengan cepat, mudah dan kos minimum bagi mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku bagi mendapatkan hak tebus rugi akibat gangguan yang dialami.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings