the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
26.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nelayan maut terkena renjatan elektrik

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

MARANG: Seorang nelayan ditemukan meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membersihkan bot di Kuala Sungai Marang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Razman Setapa berkata Muhamad Zai Hisham Zaidir, 24, berasal dari Kampung Bukit Mengawan, Hulu Terengganu dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membaiki lampu sorot dalam bot berkenaan.

“Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Razman berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kematian diklasifikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Zaidir Zahid, 51, berkata sebelum kejadian, dia bersama anaknya itu membaiki bot milik mereka sebelum diminta pulang ke rumah kira-kira 1 pagi.

“Saya agak dia (Muhamad Zai Hisham) turun menyelam untuk membaiki kipas bot dan dalam keadaan basah…dia naik mengambil lampu sorot untuk buat kerja.

“Tetapi nasib tak baik kerana lampu sorot tu ada wayar yang rosak. Dia pula dalam keadaan basah,“ katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ.

Zaidir berkata ketika ditemui, mayat anaknya dalam keadaan keras dan badannya juga bertukar kebiruan-biruan.

Walaupun sedih, dia sekeluarga reda dengan pemergian Muhamad Zai Hisham yang disifatkan sebagai anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Sanjay credits preparation for Asian Games triumph

The 27-year-old credited his Master of Science (MSc) in High Performance Sport with giving him a fresh perspective on the game and a better understanding of how to prepare for major competitions.

Most Viewed

spot_img