the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pendekatan nokhtah kemiskinan tegar tanpa diskriminasi- PM Anwar

KUALA LUMPUR: Pendekatan kerajaan untuk menamatkan kemiskinan tegar adalah tanpa mengira kaum, dengan semua warganegara yang memerlukan bantuan akan disokong tanpa diskriminasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata walaupun majoriti penduduk miskin di negara ini terdiri daripada masyarakat Melayu dan bumiputera, namun semua kaum, termasuk Cina dan India yang terkesan, akan mendapat bantuan.

“Memang benar, majoriti adalah Melayu, tetapi dalam kategori miskin, ada juga kadar yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat India. Contohnya, di Kuala Lumpur, walaupun majoriti Melayu, masyarakat India juga signifikan dan mempunyai jumlah penduduk yang tinggi.

“Namun, dalam usaha kita menyelesaikan kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, kita tidak akan membahagikan berdasarkan kaum. Oleh itu, kita akan menangani semua yang miskin, termasuk jumlah kecil dalam kalangan masyarakat Cina dan jumlah yang lebih besar dalam kalangan masyarakat India.

“Tidak benar jika dikatakan (usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar) hanya untuk Melayu, tetapi memang jumlah tersebut adalah besar dan majoriti dalam kalangan masyarakat Melayu. Saya harap penjelasan ini memberikan kejelasan, dan jika ada kenyataan sebaliknya, mohon maklum kepada saya kerana ini bertentangan dengan dasar kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) yang berharap pendekatan menoktahkan kemiskinan dilaksanakan kepada semua kaum, termasuk India.

Menjawab soalan asal Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai status terkini usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar pada 2023, Anwar berkata pada 31 Jan tahun lepas, sejumlah 126,372 ketua isi rumah kategori miskin tegar telah dikenal pasti dan pada 29 Julai tahun ini, jumlah itu telah diselesaikan.

“Walau bagaimanapun kita tahu angka ini bertambah. Oleh kerana kejayaan ini, terdapat jumlah baharu yang didaftarkan. Pada 29 Julai, kita selesai, dan pada 1 Ogos, kita buka untuk penambahan permintaan baharu termasuk (permintaan) yang lama yang merasakan perlu memohon. Jumlahnya adalah 22,893.

“Setakat 21 Okt tahun ini, 15,000 atau 65.6 peratus (miskin tegar) telah diselesaikan, jadi bakinya akan kita tingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerjasama antara jentera kerajaan Persekutuan dan negeri turut membantu meningkatkan pendaftaran baharu bagi golongan miskin tegar, sekali gus memudahkan usaha kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada kelompok tersebut.

Mengenai mekanisme yang digunakan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah menukarkan mekanisme pendapatan isi rumah kepada pendapatan per kapita yang dirasakan lebih tepat dalam menilai pendapatan sebenar rakyat.

“Kita mengubah pendekatan daripada yang digunakan oleh kerajaan terdahulu kepada per kapita berdasarkan maklumat baharu, termasuk Majlis Kos Sara Hidup dan dialog serta sesi libat urus dengan kerajaan negeri yang belum pernah dilakukan sebelum ini,“ tambahnya.

“Ini bukan pendekatan yang sempurna, tetapi berdasarkan angka yang diberikan, kita telah menyelesaikan tahun pertama, dengan tambahan hampir 22,000 yang hampir selesai. Saya yakin kita boleh menyelesaikannya, tetapi adakah ini memuaskan? Tidak. Oleh sebab itu, kita minta… kerajaan negeri tidak ada masalah kerana mereka memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai penetapan nilai ambang pendapatan individu yang layak memohon bantuan tunai, Anwar berkata perkara itu akan dikaji dengan mengambil kira keperluan peningkatan kos sara hidup.

“Tentang cadangan penepatan nilai ambang, akan kita akan meneliti cadangan baharu dan lihat umpamanya keperluan untuk meningkatkan (nilai ambang) berdasarkan kos sara hidup,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq mencadangkan agar kerajaan menetapkan nilai ambang secara berkala dan tetap dalam pindaan undang-undang, contohnya mengikut kadar inflasi tahunan atau setiap tiga tahun.

Berhubung pertanyaan Syed Saddiq mengenai arah penyaluran penjimatan kerajaan, Perdana Menteri menjelaskan bahawa meskipun Belanjawan 2025 mengalami defisit, kerajaan tetap berupaya meningkatkan jumlah bantuan hasil daripada langkah penjimatan dan penyasaran subsidi.

“Unjuran penjimatan mungkin berbeza, tetapi setakat ini kita belum tetapkan secara muktamad, kecuali pertambahan peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk kelompok miskin melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta peningkatan peruntukan dalam sektor pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Melalui Belanjawan 2025, kerajaan meningkatkan peruntukan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya, yang dijangka memberi manfaat kepada sembilan juta penerima, bersamaan 60 peratus daripada penduduk dewasa negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings