the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penerangan Sistem PADU perlu diperhebat terutama di luar bandar untuk tingkat pendaftaran

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan supaya memperhebat dan meningkatkan lagi usaha dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), khususnya kepada mereka di luar bandar.

Datuk Dr Radzi Jidin (pix) (PN-Putrajaya) berkata ini bagi memastikan semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang memahami kepentingan dan keperluan untuk mendaftar PADU.

“Terdapat sekitar 39 maklumat yang perlu disemak, dikemas kini dan dimasukkan dalam sistem PADU ini… termasuk komitmen, hutang, insurans, pinjaman peribadi dan rakyat nak tahu kenapa maklumat ini diperlukan.

Apakah sebenarnya manfaat sekiranya mereka mendaftar PADU. Kalau manfaatnya ialah subsidi bersasar, apakah bentuk bantuan dan syarat serta jumlah (yang mereka akan dapat),” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Turut mengemukakan cadangan sama, Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) yang berharap kerajaan menerusi kementerian dan agensi terlibat untuk memperbanyak usaha turun padang bertemu rakyat khususnya di pedalaman dan kawasan dengan populasi yang tidak mahir dengan kemudahan teknologi maklumat (IT).

“Kementerian perlu memurnikan lagi usaha memberi penerangan berhubung sistem ini kepada rakyat, lebih-lebih lagi mereka di kawasan kampung dengan turun padang bertemu rakyat dan pada masa sama dapat membantu mereka mendaftar secara terus,” katanya.

Sementara itu, Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) pula mencadangkan kerajaan supaya mempertimbang penyaluran peruntukan khas kepada semua pusat khidmat wakil rakyat bagi memudahkan pendaftaran PADU secara fizikal di kawasan luar bandar.

Beliau berkata peruntukan oleh Kementerian Ekonomi boleh dipertimbangkan untuk membolehkan Ahli Parlimen turun padang mengadakan program pendaftaran dengan penduduk setempat, terutama di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada jaringan Internet yang baik serta peranti yang menggunakan teknologi terbaharu.

“Jika kita hendak pendaftaran ini dilakukan oleh individu itu sendiri, saya percaya peratusan pendaftaran di luar bandar seperti di Julau adalah lebih rendah daripada di bandar,” katanya.

Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang turut senada mencadangkan supaya wakil rakyat bukan hanya terlibat dari segi hebahan atau sokongan semata-mata, tetapi penglibatan secara langsung untuk proses pendaftaran dan pengemaskinian penduduk di kawasan masing-masing.

Menurut laman X rasmi PADU, seramai 4.04 juta individu telah mengemas kini maklumat mereka dalam sistem itu sehingga semalam dengan tiga negeri tertinggi ialah Selangor (0.61 juta), Sarawak (0.53 juta) dan Johor (0.39 juta).

PADU dilancarkan pada 2 Jan lepas dibuka kepada orang ramai untuk membuat pengemaskinian sehingga 31 Mac ini dengan fasa dua dijangka bermula pada April sehingga Jun 2024 yang akan melibatkan pembangunan algoritma mengikut keperluan use case berpandukan data dalam PADU.

Persidangan bersambung esok. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings