the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penipuan SMS kembali dikesan, 18 kes setakat April

KUALA LUMPUR: Penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam mesej pautan dikesan kembali aktif dengan 18 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM229,868 bagi tempoh 1 Jan hingga 17 April lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa dilaporkan akan menerima SMS kononnya daripada syarikat telekomunikasi terkenal.

“Kandungan SMS terbabit menyatakan mangsa mempunyai mata ganjaran yang bakal tamat tempoh dan digesa untuk segera menebus mata ganjaran itu melalui pautan yang disertakan.

“Mangsa yang menekan pautan berkenaan akan diminta untuk memasukkan maklumat perbankan dalam talian milik mereka termasuklah nombor OTP (one time pin code) yang diterima. Mangsa kemudian akan mendapati wang daripada akaun bank mereka berkurangan,” katanya dalam sidang media situasi semasa jenayah komersial di sini hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan tidak mudah terperdaya dan dapatkan pengesahan daripada syarikat telekomunikasi yang berkaitan sekiranya menerima SMS meragukan.

Dalam pada itu, Ramli menyarankan syarikat perbankan di negara ini mencari kaedah baharu untuk meyakinkan pelanggan semasa berinteraksi melalui penggilan telefon bagi mengelak pelanggan mereka menganggap panggilan terbabit daripada scammer.

Ia berikutan syarikat perbankan mengalami kesukaran untuk menghubungi pelanggan mereka yang kebanyakannya tidak mahu menjawab panggilan atau mematikan panggilan kerana tidak ingin menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Perkara ini berlaku kerana antara modus operandi yang kerap dilaporkan dalam kes penipuan dalam talian ialah penggunaan panggilan telefon untuk menghubungi mangsa.

“Situasi ini menimbulkan stigma dalam kalangan masyarakat bahawa apa jua panggilan daripada nombor tidak dikenali ialah scammer,” katanya.

Ramli berkata beliau sendiri pernah menerima panggilan daripada pihak bank menggunakan nombor tidak dikenali dan meminta pengesahan tanpa memberitahu tujuan menghubunginya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings