the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyerahan STR, bukan tanah kebun durian untuk pesara tentera

KUANTAN: Sebuah video yang dikaitkan dengan pemberian tanah kebun durian di Pahang kepada pesara tentera adalah tidak benar, sebaliknya ia penyerahan hak milik Skim Tanah Rakyat (STR) kepada penduduk Temerloh.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kandungan video itu, merupakan majlis penyerahan geran kepada lebih 600 peserta STR yang telah dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Beliau yang hadir pada majlis berkenaan bagi mewakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penyerahan itu dibuat, setelah kerajaan negeri menerima permohonan STR daripada penduduk daerah tersebut.

“Justeru, apa yang didakwa individu terbabit mungkin dia salah faham atau tidak tahu cerita sebenar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Tanah dan Galian Pahang Datuk Hamdan Hussin memaklumkan video berkenaan melibatkan penyerahan hak milik STR bagi daerah Temerloh pada 1 Dis.

Beliau berkata majlis yang disempurnakan oleh Syed Ibrahim itu melibatkan penyerahan STR bagi penduduk Kampung Sokmek, Kampung Kuala Kaung, Kampung Sungai Juru, Kampung Sungai Jenalik, Kampung Sungai Jentar, Kampung Pangsenam dan Kampung Bintang.

Terdahulu tular satu video berdurasi hampir dua minit dengan hantaran mendakwa kerajaan Pahang telah memberikan tanah kebun durian yang diusahakan oleh pekebun sebelum ini kepada pesara tentera seluas dua ekar seorang.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings