the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Kerajaan cari formula tambah baik tatakelola AP dan IP

KUALA LUMPUR: Kerajaan mencari satu formula bagi menambah baik tatakelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (pix).

Anwar berkata perkara itu penting kerana ia bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga pengeluar tempatan terutama dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) pertama yang diadakan untuk tahun ini.

“Selain itu, beberapa perkara lain turut dipersetujui antaranya setiap agensi kawal selia yang berkaitan diminta mengemukakan kaedah penambahbaikan kepada Jemaah Menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisis risiko import,” katanya menerusi perkongsian di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat itu, hari ini.

Menurutnya, pada masa yang sama Ketua Audit Negara juga disaran melaksanakan proses audit bagi sektor terpilih untuk memastikan pelaksanaan AP dan IP mencapai sasaran dan memenuhi matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia diarahkan untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tatakelola dan pengimportan barangan halal manakala Suruhanjaya Persaingan Malaysia diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan.

Berhubung pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diluncurkan pada 2 Jan lepas, Anwar berkata mesyuarat membentangkan kemajuan semasa dan memberi pandangan terhadap langkah yang perlu diambil oleh agensi berkaitan, terutamanya berkaitan keselamatan data dan kaedah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran.

Beliau berkata mesyuarat itu juga menilai kemajuan pelaksanaan ke atas keputusan yang telah dibuat MTEN pada tahun lepas.

Sementara itu, bagi memperkukuh keberkesanan perbincangan dan keputusan, beliau bersetuju untuk menambah ahli tetap MTEN iaitu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings