the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
26.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Pimpinan tertinggi kerajaan perlu ikuti kursus dan latihan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PUTRAJAYA: Kesemua pimpinan tertinggi kerajaan termasuk perdana menteri sendiri perlu mengikuti kursus dan latihan untuk menggilap semangat dan ilmu dalam diri mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Beliau berkata kursus dan latihan seperti itu dapat menerapkan semangat kewibawaan, ketrampilan serta tekad kepimpinan tertinggi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Semua kena balik untuk mengikuti satu latihan, kursus untuk menggilap semangat dan ilmu mereka termasuk Ketua Polis Negara.

“Ini kita sarankan supaya ada kesedaran dan kesatuan pemikiran,“ katanya pada Program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam Tahun 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata kursus atau latihan seperti itu juga dapat meningkatkan semangat dalam kalangan kepimpinan tertinggi itu semasa bertugas dengan kakitangan bawahan atau ketika berhubung dengan masyarakat.

Anwar berkata dengan semangat dan tekad tinggi dalam kalangan kepimpinan kerajaan melaksanakan tugas, usaha mengubah negara ke arah yang lebih baik dan menjadi negara baharu dapat dicapai dalam tempoh lebih singkat.

Beliau berkata penjawat awam juga perlu menjalankan tugas sebaik mungkin untuk melakukan perubahan terhadap negara secepat mungkin.

“Semoga dengan adanya semangat ini untuk melaksanakan tugas, (kita) tidak payah tunggu 10 tahun, dah boleh ubah wajah negara ini dalam tempoh yang singkat.

“Jika semua menjalankan (tanggungjawab) sebaik mungkin, saya fikir dua atau tiga tahun, kita boleh ada bangunkan sebuah negara Malaysia Baharu,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Sanjay credits preparation for Asian Games triumph

The 27-year-old credited his Master of Science (MSc) in High Performance Sport with giving him a fresh perspective on the game and a better understanding of how to prepare for major competitions.

Most Viewed

spot_img