the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan

GEORGE TOWN: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut serta merampas pelbagai dadah bernilai RM60,086, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata siasatan turut mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai kepakaran memproses MDMA bersama beberapa dadah lain sebelum dicampurkan dalam peket minuman segera dan dijual di pusat hiburan sekitar bandar raya ini.

“Lelaki pertama berusia 22 tahun ditahan pada 3.30 petang di kaki lima sebuah kompleks makanan di sini, dan polis merampas 0.93 gram(g) ketamin daripadanya. Rakannya yang berusia 24 tahun pula ditahan di tepi sebuah rumah ibadat di Macallum pada 8.50 malam hari sama,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata polis kemudian merampas 50 batang rokok setiap satunya berisi campuran tembakau dan dadah jenis ‘mushroom’ dianggar seberat 65.74g sebelum menyerbu sebuah rumah sewa di kawasan Macallum yang dijadikan tempat memproses MDMA dan rokok mengandungi ‘mushroom’.

Menurut Razlam dalam serbuan di rumah sewa mereka, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk MDMA yang telah siap diproses dan dicampur dalam pek minuman segera, 40 batang rokok mengandungi ‘mushroom’, ketamin, ganja, pil eramin 5, pil ekstasi dan dadah ‘mushroom’ serta peralatan memproses dadah.

Razlam berkata kedua-duanya disyaki menjual setiap peket minuman segera mengandungi MDMA terbabit di pusat hiburan sekitar bandar raya ini pada harga RM150 hingga RM250, manakala rokok yang dicampurkan dengan dadah ‘mushroom’ pula RM80 sebatang.

“Kedua-duanya dipercayai menjual dadah sejak Januari lepas dan siasatan mendapati mereka mendapatkan bekalan daripada rangkaian sindiket dadah di sekitar negeri ini,” katanya menambah mereka direman seminggu untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Razlam berkata polis menahan seorang pekerja pusat hiburan dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di premis itu di bandar raya ini dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4,000 daripadanya, Sabtu lepas.

Beliau berkata penahanan lelaki berusia 26 tahun pada 1.55 pagi menerusi Op Hiburan itu berjaya membongkar kegiatannya yang menjual dadah di pusat hiburan hingga mampu hidup mewah dengan memiliki kereta jenis BMW X4.

“Lelaki itu yang didapati positif terhadap dadah dan menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian dipercayai memproses MDMA sebelum mencampurkan dalam pek bungkusan minuman segera,“ katanya.

Polis turut menyita kereta mewah terbabit dan lelaki berkenaan kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings