the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden Joko Widodo anugerah Prabowo Subianto pangkat jeneral empat bintang

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.

Penganugerahan itu berlangsung semasa acara Tentera Nasional Indonesia (TNI)-Polis Republik Indonesia di ibu pejabat TNI di Cilangkap, Jakarta Timur.

Joko Widodo berkata anugerah bintang itu telah disahkan oleh Majlis Bintang dan Darjah Kebesaran, mengikut Undang-undang Nombor 20 tahun 2009.

Beliau menegaskan bahawa anugerah itu sepatutnya diberikan dua tahun lalu, mengiktiraf sumbangan Prabowo kepada sektor pertahanan dan kemajuan negara.

Prabowo bersara sebagai Panglima Komando Strategis TNI Angkatan Darat berpangkat Leftenan Jeneral semasa pemerintahan presiden BJ Habibie pada 22 Nov, 1998.

Tokoh terkenal lain yang menerima pangkat kehormat Jeneral TNI, termasuk Presiden ke-6 Susilo Bambang Yudhoyono dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim Luhut Binsar Pandjaitan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings