the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pulau Pinang jangka projek LRT bermula September atau Oktober

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menjangkakan kerja-kerja pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang akan bermula pada September atau Oktober tahun ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerja-kerja fizikal itu akan dimulakan selepas butiran akhir projek berkenaan dibincangkan dan dicapai antara SRS Consortium Sdn Bhd dan MRT Corp.

“Kerja-kerja itu dijangka bermula pada September atau Oktober iaitu selepas tempoh enam bulan untuk SRS dan MRT Corp memuktamadkan jajaran laluan, skop kerja dan sebagainya.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman Menteri Pengangkutan (Loke Siew Fook) dan ini satu permulaan, banyak lagi kerja akan menyusul (selepas ini) malah dalam lawatan sebelum ini (Loke) suarakan hasrat projek itu akan bermula suku ketiga atau keempat tahun ini,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dan keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan minggu lepas (22 Mac).

Loke dilaporkan berkata secara rasmi kerajaan memutuskan melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sebagai pemaju dan pemilik aset dengan pelaksanaan projek dibuat secara tender terbuka manakala perolehan terbahagi kepada tiga komponen utama.

Mengulas lanjut, Chow berkata walaupun projek berkenaan diumumkan untuk diteruskan oleh kerajaan Persekutuan ia masih memerlukan masa sebelum kerja teknikal boleh dimulakan.

Beliau berkata pada masa ini, Tapak Pesta di Sungai Nibong telah dikenal pasti sebagai lokasi depoh dan Pulau Pinang mencadangkan satu lagi depoh dibina di Pulau Silikon.

Bagi jajaran Tanjung Bungah ke Komtar, Chow berharap pembinaannya dapat dibuat pada fasa berikut.

Jajaran LRT Mutiara dijangka bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar, seterusnya menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Perai.

Jarak jajaran dianggarkan kira-kira 29 kilometer dengan 20 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral.

Kemudahan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan tren elektrik (ETS) turut disediakan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings