the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
26.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja lelaki maut tertimbus tanah ketika mendulang emas di Lipis

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUANTAN: Seorang remaja lelaki maut akibat tertimbus tanah dipercayai ketika mendulang emas di Pos Pantos, Kuala Lipis semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata siasatan mendapati mangsa Budiman Johan, 18, bersama empat lagi rakannya telah ke ladang sawit di Pos Pantos untuk mendulang emas di kawasan berkenaan pada 3 pagi.

“Semasa aktiviti mendulang mangsa ada menggali tanah dengan menggunakan tangan dan tanah di tempat mangsa menggali dikatakan telah menggelongsor ke atasnya menyebabkan dia tertimbus.

“Rakan-rakan lelaki itu telah membantu mengeluarkannya daripada timbusan tersebut dan membawa mangsa balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Lipis mendapati mangsa telah meninggal dunia dan telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Punca kematian disebabkan asfiksia atau keadaan kandungan oksigen dalam tubuh rendah, katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cornell suspends frat parties after alleged gang rape

Cornell University suspends fraternity parties for the academic year following allegations of gang rape, launching an independent review and renewed investigation into the case

Sanjay credits preparation for Asian Games triumph

The 27-year-old credited his Master of Science (MSc) in High Performance Sport with giving him a fresh perspective on the game and a better understanding of how to prepare for major competitions.

Most Viewed

spot_img