the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

‘Sheriff’ karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis

KUALA LUMPUR: Lebih 40 tahun dalam industri seni, pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam yang sinonim dengan drama dan filem kepolisan menyifatkan buah tangan terbaharu produksinya, ‘Sheriff’ sebagai karya genre paling jujur pernah dihasilkan.

Mengetengahkan sisi gelap dunia kepolisan, Pengerusi Skop Productions Sdn Bhd (Skop Productions) yang juga Penerbit Eksekutif Bersama filem berkenaan berkata keterbukaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberikan ‘lampu hijau’ dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan proses penghasilannya.

“Sepanjang menghasilkan filem dan drama kepolisan, setiap skrip dinilai pihak polis, (kalau dulu) memang tak boleh menunjukkan sisi gelap, memang tak bagi dan skrip kena ubah.

“Jalan cerita filem ini lain daripada apa yang saya pernah buat, bukan macam zaman saya buat Gerak Khas dulu, mesejnya kita boleh hadam sendiri, “ katanya pada malam gala filem berkenaan malam tadi.

Penerbit drama bersiri Gerak Khas sejak 1999 itu juga menyifatkan penghasilan filem dibintangi pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan juga sebagai antara anjakan paradigma dalam penghasillan filem aksi tempatan.

Sementara itu, Shafiq menyifatkan filem aksi ngeri yang menelan belanja RM6 juta itu sebagai karya paling susah dihasilkan selepas filem KL Special Force (2018), Abang Long Fadil (2014) dan Polis Evo 3 (2023) kerana mengambil masa penggambaran selama 81 hari.

Syafiq juga mendedikasi karya berkenaan kepada Yusof kerana menjadi individu penting dalam menyumbang idea asal.

“Saya nampak filem ini sangat penting untuk dia (Yusof) yang telah terlibat 40 tahun buat filem, tiap-tiap malam saya nampak dia tulis cerita polis… jadi saya tanya nak buat cerita polis apa lagi, dia cakap temanya integriti, dari situ saya kembangkan tetapi ini merupakan filem dia,“ katanya.

Filem Sheriff terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw menampilkan konsep baharu yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’ iaitu penonton sudah tahu siapa pembunuh dalam cerita terbabit, tetapi fokusnya bagaimana pembunuh itu akan ditangkap.

Ia mengisahkan Nazri, polis dari Jabatan Narkotik lakonan Syafiq Kyle yang berasa terdesak untuk menyelesaikan sindiket dadah Tony Ifrit (Aaron Aziz) yang semakin berleluasa selepas Tony terlepas daripada hukuman.

Pada masa yang sama, Sheriff dari Jabatan Integriti telah dihantar pihak Bukit Aman untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam tempatan dan Singapura bermula esok (18 April).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

XTransfer returns to the Summer Davos Forum

XTransfer returned to the Summer Davos Forum as the only World Economic Forum institutional member from China's B2B cross-border payments sector. The company highlighted SME resilience, digital finance innovation, and AI-powered risk management while discussing the future of global trade and cross-border payments.

Ogilvy unveils inaugural 2026 APAC Believability Index as study reveals hidden cost of lost...

Ogilvy's inaugural APAC Believability Index reveals that 93% of consumers quietly disengage when trust is lost, highlighting the commercial impact of declining credibility. The study also introduces an AI-powered diagnostic tool to help organisations identify reputational risks and strengthen consumer confidence.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings