the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini.

Ketibaan baginda pada 6.30 petang turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sultan Sharafuddin berkenan memulakan majlis dengan menyampaikan sendiri duit raya kepada 489 asnaf dari daerah Petaling, dengan jumlah sumbangan keseluruhan sebanyak RM244,500.

Dalam majlis yang sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada syarikat Sime Darby Property Berhad dan CelcomDigi Berhad, masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM1.36 juta.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama penerima bantuan serta masyarakat setempat. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings