the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syarikat pengendali pakej umrah, dua pengarah didakwa gagal patuhi perintah award TTPM

PUTRAJAYA: Syarikat pengendali pakej umrah dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik tuntutan sebanyak RM589,031 kepada 21 mangsa, tahun lepas.

Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, yang diwakili pengarahnya Datuk Dr Zulkarnain Endut, 43, dan isterinya, Datin Mazuin Mustafa, 43, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-63, syarikat itu, syarikat itu, Zulkarnain dan Mazuin sebagai OKS pertama, kedua dan ketiga masing-masing dituduh atas 21 pertuduhan gagal mematuhi award TTPM yang memerintahkan supaya membayar RM589,031 kepada 21 mangsa yang menuntut wang itu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat TTPM di sini dan pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 itu membawa hukuman di bawah Seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria manakala syarikat itu dan dua pengarahnya diwakili Peguam Datuk Hanif Hassan.

Mahkamah menetapkan 26 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Mohd Sophian memohon mahkamah memberikan ikat jamin RM2,000 bagi setiap satu pertuduhan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Kedua-dua OKS juga perlu melapor diri di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekali setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Hanif yang mewakili pasangan suami isteri itu membantah dengan menegaskan bahawa jumlah ikat jamin RM2,000 bagi setiap satu pertuduhan itu membebankan anak guamnya.

Selepas mendengar makluman dan hujah kedua-dua pihak, Majistret Irza Zulaikha membenarkan Zulkarnain dan Mazuin diikat jamin RM6,300 bagi kedua-dua OKS selain syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Pada 8 Julai tahun lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd digantung selama enam bulan berkuat kuasa mulai 10 Julai 2023 hingga 9 Jan 2024.

Pada 29 Nov lepas, media melaporkan pihak Polis Diraja Malaysia telah menerima sebanyak 399 laporan berhubung dakwaan kes penipuan pakej umrah melibatkan syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerugian dianggarkan bernilai RM14.2 juta sejak Januari 2023. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings