the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trafik tuju ke utara, selatan sesak, laluan Smart Lane diaktifkan di beberapa lokasi

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang sesak petang ini susulan peningkatan warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri dan mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya yang akan berakhir pada 11.59 malam ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik ke utara sesak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Bukit Lanjan ke Rawang, Kawasan Rehat dan Rawat Rawang ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Tapah ke Gopeng dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

“Empat lorong Smart Lane juga telah diaktifkan bagi laluan ke utara melibatkan Kawasan Rehat dan Rawat Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Gua Tempurung ke Gopeng dan Bukit Tambun ke Juru, laluan ini diaktifkan sehingga ke 7 malam ini,” katanya kepada Bernama.

Menurut jurucakap itu, bagi laluan ke selatan, kesesakan dilaporkan berlaku di Nilai ke Bandar Ainsdale, Port Dickson Selatan ke Pedas Linggi dan Kulai ke Sedenak.

“Lorong Smart Lane juga telah diaktifkan antaranya di Nilai ke Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, Ayer Keroh ke Hentian Sebelah Bemban dan Kulai ke Senai,” katanya.

Beliau berkata bagi laluan ke Pantai Timur, trafik adalah terkawal dan kesesakan hanya berlaku dari selepas Plaza Tol Gombak sehingga ke Terowong Genting Sempah.

“Trafik sesak sepanjang 13 kilometer berikutan hujan selain bertambahan kenderaan serta laluan mendaki di lokasi,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings