the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
27 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh individu ditahan kes bunuh lelaki di Teluk Intan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

IPOH: Polis menahan enam lelaki dan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah taman perumahan dekat Langkap, Teluk Intan pada 5 April lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata semua individu berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu diberkas di beberapa lokasi berasingan sekitar Teluk Intan.

“Kita menerima panggilan telefon daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Teluk Intan pada 8.15 malam (5 April) memaklumkan seorang pesakit lelaki warga tempatan tidak sedarkan diri disebabkan luka di bahagian dada dan leher akibat terkena senjata tajam.

“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital itu mendapati seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga menghantar mangsa dan terus menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata hasil soal siasat mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa yang mengganggu isteri kepada seorang daripada suspek.

Ahmad Adnan berkata semua suspek direman tujuh hari bermula 6 hingga 12 April ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan suspek dalam kes berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu (D.Tanabalan, 42,) diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Shahrul Shamsudin di talian 05-6233969 atau 017-9752668 dan mana-mana polis berhampiran,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img