the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Status permohonan perjawatan tetap APM diumum dalam masa terdekat

BANGI: Status permohonan bagi perjawatan tetap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata beliau sendiri, telah mengemukakan permohonan berkenaan secara rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Saya diminta untuk memohon agar perjawatan tetap diwujudkan di APM ini. Saya telah mengemukakan permohonan itu secara rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

“Dan kita ketahui bahawa keputusannya sangat positif, insya-Allah dalam masa terdekat akan ada pengumuman,” katanya ketika berucap merasmikan Bulan Pertahanan Awam sempena sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia dan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) kali ke-72 2024, di ibu pejabat APM di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata sudah tiba masanya ‘wira-wira tidak didendang’ APM dihargai pelbagai pihak, terutamanya kerajaan.

“Usaha ini harus terus dilakukan, bukan soal wang ringgit tetapi penghargaan kepada jasa ‘wira tidak didendang’ ini harus didengar oleh masyarakat secara keseluruhannya,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Pada November 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) ketika itu Datuk Armizan Mohd Ali, dilaporkan berkata pihaknya telah memanjangkan perkara berkaitan perjawatan tetap APM kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebelum dibentangkan kepada JPA.

Selaras usia APM yang kini memasuki usia 72 penubuhannya, Ahmad Zahid mahu penyertaan sebagai sukarelawan pasukan itu diperluaskan kepada semua golongan masyarakat termasuk selebriti, profesional dan pengamal media.

Beliau berkata tempoh 60 hari diberikan kepada APM untuk merealisasikan hasrat berkenaan, sekali gus membuka peluang penyertaan kepada pengamal media.

“Untuk para wartawan, sebagaimana saya pernah sebutkan dalam ucapan saya yang lepas, saya mahu rakan-rakan wartawan dari pelbagai media cetak, media elektronik dan media sosial harus segera ditubuhkan.

“Ini berguna untuk melibatkan mereka dalam usaha (misi) kemanusiaan ketika memberikan liputan yang lebih menonjol kepada agensi masing-masing,” katanya.

Ahmad Zahid turut menekankan mengenai kepentingan peranan petugas media kepada APM dan mahu agensi itu sentiasa menjalin serta mengekalkan hubungan baik dengan golongan itu.

“Kita jangan pernah melupakan media. Media merupakan the fourth estate iaitu agensi atau sebuah badan yang cukup penting, untuk membantu kita mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat… supaya apa yang kita lakukan bukan hanya perkara kecil tetapi perkara besar,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings