the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

231 stesen pengawasan pantau kualiti air di Johor

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 231 stesen pengawasan kualiti air sungai dipasang di seluruh Johor bagi mengenal pasti tahap kualiti air sekali gus memastikan insiden pencemaran seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak berulang.

Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon (gambar) berkata stesen pengawasan tersebut dipasang di lokasi ‘hotspot’ meliputi 227 stesen manual dan empat stesen automatik.

“Seperti sedia maklum terdapat 14 sungai di Johor yang tercemar, justeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti air di sungai berkenaan.

“Kita ambil sampel di semua stesen tersebut untuk pantau kualiti air sungai. Kita juga sedang berusaha untuk tambah lagi jumlah stesen pengawasan, selain membuat ujian sampel secara lebih kerap bagi memastikan kualiti air terjamin,“ katanya kepada pemberita selepas meninjau satu daripada lokasi Ops Gempur Raya di sebuah kawasan perindustrian di sini hari ini.

Pencemaran Sungai Kim Kim menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup susulan pembuangan sisa toksik di sungai berkenaan pada 7 Mac 2019.

Mengenai Ops Gempur Raya, Ling berkata menerusi operasi yang dijalankan sejak Isnin lepas itu JAS Johor telah mengeluarkan 30 syor kompaun terhadap premis yang dikenal pasti berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar dengan anggaran setiap kompaun bernilai RM2,000.

“Operasi ini menunjukkan keseriusan JAS Johor dan kerajaan negeri dalam membendung kes pencemaran alam sekitar khususnya ketika musim perayaan,“ katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan pengambilan makanan kupang susulan dakwaan berlaku kes keracunan makanan akibat makanan laut itu di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Di Johor kami belum ada terima laporan tentang keracunan akibat kupang, tetapi disebabkan lokasinya agak dekat jadi pengguna perlu berhati-hati. Periksa warna dan bau terdahulu sebelum memakannya,“ katanya.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dilapor mengambil sampel kupang dan air di perairan Port Dickson selepas menerima laporan daripada Hospital Port Dickson mengenai beberapa individu mengalami keracunan makanan disyaki disebabkan memakan kupang dan kerang di lokasi tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings