the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dadah: Lebih 1,000 individu ditahan dalam operasi bersepadu sempadan

KOTA BHARU: Polis menahan 1,072 individu yang menjalankan pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu sempadan bagi tempoh 1 April hingga semalam di seluruh Kelantan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata kesemua yang ditahan berumur di antara 17 hingga 59 tahun terdiri daripada 1,051 lelaki dan 21 wanita termasuk empat penjawat awam.

Beliau berkata operasi bersepadu berkenaan bertujuan bagi mengekang penyeludupan dan penyalahgunaan dadah dari negara jiran melalui sempadan ke negara ini.

Menurutnya tumpuan operasi adalah di kawasan sasaran yang dikenal pasti iaitu di kawasan aktif atau sarang penagih dadah yang menjalankan kegiatan sedemikian.

“Kesemua mereka disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 dan Akta Racun 1952,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, pelbagai dadah dirampas dalam operasi berkenaan yang dianggarkan bernilai RM242,193.

“Antaranya yang dirampas adalah pil kuda seberat 1,121.23 gram (g), heroin seberat 62.29 g, ganja seberat 130.5 g, syabu seberat 1.17 g serta pil psiktropik seberat 333.07 g,“ katanya.

Muhamad Zaki berkata jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan untuk seramai 15,863 penagih dadah.

Selain itu, pelbagai harta turut disita terdiri daripada kenderaan dan wang dalam akaun yang dianggarkan bernilai RM42,338 dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta)1988.

Beliau berkata polis Kelantan akan terus membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini dan mengharapkan masyarakat membantu dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti berkenaan.

“Orang ramai boleh menghubungi Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222 dan Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-7455555,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asahi Super Dry Brings Its Iconic Nama Jokki Can to Chinese Mainland with Multi-Hyphenate...

SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Japan's number one1 selling beer brand Asahi Super Dry is introducing its breakthrough Nama Jokki Can in Chinese Mainland, with beloved celebrity Henry Lau fronting the launch as ambassador and inviting consumers to enjoy a thrilling, foam‑topped draft beer in a can.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings