the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan Korea Selatan-Malaysia boleh dipertingkat ke peringkat lebih hebat: Duta

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Korea Selatan dan Malaysia boleh meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara ke satu tahap yang lebih tinggi, kata Duta Korea Selatan ke Malaysia Lee Chi Beom yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya di sini.

Memandangkan kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Malaysia dan Korea Selatan tahun depan, beliau optimis hubungan yang lebih erat dapat diperluaskan ke banyak lagi bidang dan lebih mendalam.

“Korea Selatan dan Malaysia menikmati hubungan yang lebih erat bukan sahaja dari segi bilangan dan jumlah. Saya yakin pertukaran dua hala kami akan menjadi lebih aktif dan terus diperkukuh kepada perkongsian strategik dalam masa terdekat.

“Seperti ditegaskan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dalam ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, saya percaya Korea Selatan dan Malaysia bagaikan adik-beradik dalam ‘Keluarga Dunia’ yang sama, dan kita boleh mengatasi pelbagai cabaran dan membina masa depan yang sejahtera bersama-sama,” kata Lee.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena ulang tahun Hari Kebangsaan Yayasan Korea Selatan ke-4,354 dan Hari Angkatan Tentera Korea Selatan ke-74, di sini Jumaat malam.

Acara tahunan itu yang tertangguh selama dua tahun berturut-turut berikutan pandemik COVID-19 itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, diplomat asing, pegawai kerajaan, komuniti perniagaan dan masyarakat Korea Selatan di sini.

Lee berkata Korea Selatan sedang mengumpul sokongan untuk menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030 di Busan dan berharap Malaysia turut menyokong bidaan negara ini bagi menganjurkan acara itu.

“Saya percaya Ekspo Dunia di Busan akan menjadi peluang terbaik bagi kedua-dua negara untuk menyertai usaha menangani cabaran global, seperti perubahan iklim, transformasi digital, dan ketidaksamaan dalam dan antara negara, demi masa depan kita yang lebih baik.

“Kami mengharapkan anda mempertimbang dan menyokong untuk Busan menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030,“ kata Lee sambil menyatakan majlis itu adalah majlis rasmi terakhir beliau sebagai duta besar ke Malaysia kerana tempoh perkhidmatannya di negara ini akan tamat.

Latar belakang majlis resepsi itu memaparkan pelakon Lee Jung Jae, pemenang anugerah Emmy menerusi watak utama dalam siri Squid Game baru-baru ini. Lee antara yang dilantik sebagai duta promosi untuk tawaran Ekspo Dunia 2030 Busan.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-62 hubungan diplomatik rasmi antara keduda-dua negara.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Suresh Peters’ first JB show to evoke memories of 1990s Tamil cinema

Indian singer-composer Suresh Peters, known for his contributions to Tamil film music in the 1990s, will perform in Johor Bahru for the first time at the ‘Legends Vibe – Live in JB’ concert on Dec 5.

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

MOH plans separate quota for permanent dental, pharmacy officers

The Ministry of Health (MOH) will recommend absorbing contract dental and pharmacy officers into permanent positions for the consideration of the Ministry of Finance and the Cabinet, in an effort to ensure the future and welfare of these groups are safeguarded.

Most Viewed

spot_img