the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Stesen biogas sektor pertanian perlu diperbanyakkan – Ahmad Zahid

JERANTUT: Stesen biogas yang dibina dan beroperasi di negara ini terutamanya dalam sektor pertanian harus diperbanyakkan lagi bagi mencapai matlamat negara meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 31 peratus menjelang 2025.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penerokaan tenaga boleh diperbaharui itu bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan api fosil tetapi juga membantu mengurangkan bebanan kerajaan dalam pengagihan subsidi elektrik.

Beliau berkata kos penanggungan kerajaan dalam subsidi elektrik sebelum ini sangat tinggi kerana ia diberikan kepada semua kumpulan sama rata dan kerana itu pelaksanaan subsidi bersasar dilakukan.

“Sekarang kumpulan bersasar diberi keutamaan kepada kumpulan B40 dan M40 menikmati (subsidi elektrik). Dengan adanya kemudahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) biogas seperti yang kita lihat hari ini, Insya-Allah tanggungan kerajaan tidak akan lebih besar berbanding yang ada sekarang.

“Kita mahu subsidi itu digunakan untuk pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur yang masih lemah (contoh) untuk masuk ke kawasan ini. (Justeru) stesen biogas terbesar di Malaysia (Loji Janakuasa Biogas Efluen Sawit), usaha begini jangan terhenti di sini,” katanya ketika berucap merasmikan Loji Janakuasa Biogas 5.5 Megawatt Felcra Japutra Sdn Bhd – Cenergi SEA Berhad (Cenergi) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bagi merealisasikan matlamat tersebut, beliau mahu agar sembilan kilang Felcra Bhd di seluruh negara mempunyai kemudahan stesen biogas bagi menjana tenaga boleh diperbaharui.

“Saya (juga) akan jumpa untuk berbincang dengan Felda untuk mempunyai kilang sama di semua kawasan Felda. Ini demi kepentingan negara.

“Ini (juga) sesuai dengan kehendak Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang melihat ke hadapan bahawa kebergantungan kita pada sumber asli harus secara perlahan dan berfasa dikurangkan dengan menggunakan tenaga sumber baharu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata potensi tenaga boleh diperbaharui adalah sangat besar dan kerana itu, beliau mengharapkan lebih banyak lagi syarikat milik kerajaan berkolaborasi dengan syarikat swasta yang mempunyai prospek tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara khasnya dalam industri seperti biogas.

Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar di Malaysia dengan kapasiti 5.5-megawatt (MW) yang mula beroperasi sepenuhnya pada 11 April lepas di Kilang Sawit Felcra Jayaputra di sini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada hampir 14,000 rumah atau kira-kira 70,000 penduduk luar bandar.

Ia merupakan loji janakuasa biogas grid bersambung terbesar di negara ini yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings