26 sekolah di Sarawak terpaksa ditutup pada hari pertama sesi persekolahan kerana kawasan sekolah masih digenangi air banjir
KUCHING: Sebanyak 26 buah sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan esok kerana masih terjejas akibat banjir.
Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan semalam.
Tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, manakala empat lagi di Selangau, Sibu dan 19 buah di Tatau serta Sebauh, Bintulu.
Sekolah yang terlibat di Daro ialah SK Kg Pangtray, SK OK Selair dan SJK (C) Chung Hua.
Di Selangau pula, sekolah terbabit adalah SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg Arip dan SK St Mark.
Manakala 19 buah sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang dan SK Hermanus Assan.
Senarai lain termasuk SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai dan SK Ng Tau.
Juga terjejas ialah SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian.
Omar berkata sekolah tersebut tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah yang masih digenangi air.
Beliau menambah jalan di kawasan kediaman atau kampung juga tidak dapat diakses kerana banjir.
Sementara itu, lapan buah sekolah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
Tujuh pusat pemindahan terletak di Serian dan satu lagi di Selangau.








