Thursday, November 6, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ahli parlimen, ADUN perlu waspada e-mel ugutan guna taktik phishing – Fahmi

The Sun Berita

GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi mengingatkan orang ramai termasuk Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar lebih berwaspada terhadap e-mel ugutan yang dipercayai dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan taktik ‘phishing’.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata notis peringatan mengenai perkara itu telah disalurkan melalui Setiausaha Dewan Rakyat pagi tadi sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya melibatkan e-mel yang mengandungi pautan atau kod QR.

“E-mel berkenaan dipercayai mengandungi elemen perisian hasad yang boleh menggodam peranti penerima sekiranya pautan diklik. Ia juga mungkin bersifat ‘phishing’ iaitu maklumat peribadi dan keselamatan boleh diceroboh.

“Setakat ini, dipercayai e-mel tersebut datang daripada sumber yang sama, menggunakan maklumat terbuka termasuk alamat rasmi dan gambar profil daripada laman sesawang Dewan Rakyat, Dewan Negara serta DUN,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada wartawan akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh iaitu Choo Kar Chun, 44.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang agensi berita berkenaan Arul Rajoo Durar Raj.

Fahmi juga berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung jumlah Ahli Parlimen yang menerima e-mel berkenaan dan pihak Google juga telah diminta membantu siasatan.

Mengulas lanjut, beliau menasihati semua pihak supaya memperkukuh keselamatan siber masing-masing termasuk menukar kata laluan sekurang-kurangnya sekali setahun dan mengaktifkan pengesahan dua faktor.

“Kita perlu sentiasa berwaspada dalam era Internet yang semakin pantas dan penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan. Penjenayah siber sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan.

“Contohnya, jika terima pautan fail aplikasi (APK) daripada mesej tidak dikenali seperti jemputan perkahwinan, jangan sekali-kali membukanya kerana itu adalah taktik untuk menggodam peranti dan aplikasi mesej kita,” katanya – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Waves of achievement at ALAM’s grand Convocation ceremony

MALACCA: Beneath the proud flutter of maritime flags and the echo of tradition, the country’s premier maritime training institution, Akademi Laut Malaysia (ALAM), celebrates its 124th Convocation today, congratulating the new generation of seafarers poised to navigate the global maritime industry.

pCloud Launches 11.11 Exclusive Offer: Lifetime Storage and Encryption Plans at Record-Low Prices

ZUG, SWITZERLAND - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - Swiss-based cloud storage provider pCloud, trusted by more than 22 million users worldwide, announced today the launch of its exclusive 11.11 Mega Sale for Asia.

Most Viewed

Barriers hinder adoption of green standards

Fragmeneted enforcement, limited incentives and uneven understanding among tourism operators are among the main barriers that slow down the adoption of sustainability standards in the hotel sector.

Galaxy Macau Presents Tatler Off Menu

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 5 November 2025 - Galaxy Macau Presents Tatler Off Menu, taking place from November 14 to 15, reaffirms the premium resort's position as the premier stage for culinary excellence in the region.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img