the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ sita 78 kenderaan mewah termasuk Lamborghini RM4 juta

Ops Luxury 4.0 JPJ tahan 78 kenderaan mewah kerana tiada insurans dan LKM tamat, termasuk Lamborghini Huracan bernilai RM4 juta.

KUALA LUMPUR: Sebuah Lamborghini Huracan bernilai lebih RM4 juta antara 78 kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury 4.0 di seluruh negara.

Operasi itu dijalankan dari Jumaat lepas hingga semalam bagi membendung kesalahan tiada insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata LKM kereta Lamborghini berkenaan tidak diperbaharui sejak Disember tahun lepas.

“Tunggakan lesen berkenaan berjumlah RM35,760,” katanya dalam sidang media di depoh sitaan JPJ Kuala Lumpur.

Beliau berkata sejak Ops Luxury dilancarkan pada 1 Julai lepas, sebanyak 706 kenderaan mewah telah disita.

Semua kenderaan itu disimpan di depoh sitaan JPJ di seluruh negara mengikut Seksyen 64 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aedy Fadly berkata pihaknya turut mengesan kesalahan lain seperti tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.

Kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan milik kenderaan lain juga dikesan.

Kenderaan yang disita hanya boleh dibawa keluar selepas pemilik menyelesaikan saman yang dikenakan.

Pemilik juga perlu memperbaharui LKM serta perlindungan insurans kenderaan mereka.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap pihak yang culas,” tegas Aedy Fadly. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong Launches Its First Dental Innovation Incubation Programme

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 16 December 2025 - The University of Hong Kong (HKU) proudly unveils the Global Hub for Future Dentistry (GHFD) — Hong Kong's first dedicated dental incubation programme, inviting innovators, researchers, and startups worldwide to accelerate their impact at the intersection of science, technology, and oral health.
spot_img

Popular Categories