the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lebih 800,000 pelajar tahun satu dan tingkatan satu mula sesi sekolah 2026

Lebih 800,000 murid Tahun Satu dan pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan 2026 di seluruh negara, kata Menteri Pendidikan

SHAH ALAM: Lebih 800,000 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan baharu 2026 di seluruh negara hari ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata lebih 400,000 murid mendaftar ke Tahun Satu manakala kira-kira 400,000 pelajar berdaftar untuk Tingkatan Satu.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena hari pertama sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina di sini.

Fadhlina berkata seramai 266 murid telah mendaftar di sekolah berkenaan, dengan jumlah dijangka meningkat kepada 300 menjelang akhir bulan ini.

Tinjauan Bernama mendapati murid Tahun Satu kelihatan teruja untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

Ibu bapa seperti akauntan Shirley Chei, 37, berkata anaknya sangat teruja menyediakan barang persekolahan sejak semalam.

“Ini merupakan pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah dan sejak semalam dia sangat seronok untuk ke sekolah selepas bercuti panjang,” katanya.

Seorang lagi ibu, Hafiza Mohd Nor, 38, berkata anak perempuannya tidur awal kerana gembira memulakan sesi persekolahan baru.

Anaknya, Nur Hanan Qisha Mohd Iskandar, 7, turut meluahkan rasa gembira sejak memulakan minggu orientasi.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories