the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan of Pahang wants MUIP to set up Jawi reference centre

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan Jawi.

Menerusi laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah menyarankan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menubuhkan satu badan atau institusi khusus bagi melaksanakan kursus, latihan dan pentauliahan Jawi secara rasmi.

Baginda juga bertitah agar semua pihak yang berkaitan memberi komitmen berhubung hasrat itu kerana tulisan Jawi merupakan warisan besar Melayu dan simbol peradaban Islam yang perlu terus dipelihara.

“Agenda Jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan beridentiti,“ titah baginda.

Menurut hantaran itu, Sultan Pahang bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 hari ini.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, yang juga Timbalan Yang Dipertuan MUIP.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Malaysia enters critical phase of AI nation push

Malaysia is entering a critical phase in its ambition to become a globally competitive artificial intelligence (AI) nation by 2030, as implementation of the National AI Action Plan 2026–2030 begins this year.
spot_img

Popular Categories