the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah di mahkamah

Penyanyi rap Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah selepas laporan patologi negatif, tetapi masih berdepan tuduhan miliki ekstasi.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.

Majistret S. Arunjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.

Peguam bela Joshua Tay berkata memandangkan laporan patologi adalah negatif, anak guamnya wajar dilepas dan dibebaskan.

Namewee didakwa melakukan perbuatan itu di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7.15 malam 22 Oktober lepas.

Tuduhan itu dibawa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, beliau masih berdepan pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay pada 4.30 petang 22 Oktober lepas.

Tuduhan memiliki dadah itu dibawa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, Namewee berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan.

Related

spot_img

Latest

2nd MOTIFX – embracing the beauty of Chinese culture: culture to nature – a surreal garden of botanical patterns

Following the critical acclaim of its inaugural edition, the 2nd MOTIFX – Embracing the Beauty of Chinese Culture returned from 4–6 December 2025 at DesignInspire, with major presentations continuing throughout 2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories