Thursday, October 30, 2025
29.3 C
Malaysia
spot_img

Warga emas hilang ketika mencari lembu di hutan Kuala Kangsar

The Sun Webdesk

Operasi mencari dan menyelamat untuk Zahari Zainuddin, 70, diteruskan dengan radius pencarian 7km melibatkan bomba, polis, APM dan NGO.

IPOH: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar mencari lembu di kawasan hutan Kampung Paya Permai Lubok Merbau, Kuala Kangsar sejak Isnin lepas.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Zahari Zainuddin, 70, pada pukul 1.41 petang 28 Oktober daripada ahli keluarga mangsa.

“Pihak bomba memulakan operasi mencari mangsa sejak semalam dengan pasukan pencarian dibahagikan kepada tiga kumpulan menggunakan teknik ‘base line’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata radius pencarian awal dianggarkan dalam tiga kilometer dengan Pusat Kawalan Bomba dibuka di Pejabat Penghulu Lubuk Merbau.

“Permohonan Unit K9 telah dilakukan dan bantuan keanggotaan daripada balai berhampiran termasuk anggota STORM turut dilaksanakan,” katanya.

Operasi ditangguhkan pada pukul 6.30 petang semalam atas faktor cuaca sebelum disambung semula pagi ini dengan radius pencarian diperluas kepada 7km.

Taklimat operasi diadakan di Pejabat Penghulu Lubuk Merbau bersama agensi terlibat termasuk unit K9 dengan komunikasi menggunakan ‘talk group’ PK 3.

Ketua operasi mengarahkan anggota mencari dan menyelamat kepada empat sektor terdiri daripada pasukan bomba, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, badan bukan kerajaan dan penduduk kampung.

Pasukan K9 JBPM turut digerakkan bermula melalui lokasi mangsa mula hilang untuk membantu operasi pencarian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

MG Malaysia revises MGS5 EV pricing

SAIC Motor Malaysia has announced a revised pricing structure for the MGS5 EV, aiming to make electric mobility more accessible while reinforcing the brand’s long-term confidence in Malaysia’s growing EV market. The move underscores MG’s focus on delivering value-driven, high-quality electric vehicles tailored to local drivers’ preferences. Effective immediately, the MGS5 EV is priced at RM107,900 for the COM variant, RM117,900 for the COM Long Range, and RM127,900 for the range-topping LUX Long Range. Both the COM and LUX models are powered by a 170PS electric motor producing 250Nm of torque, driving the rear wheels — a setup that remains unique in its segment.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img