the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
24.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Zakat Pulau Pinang agih RM171.53 juta kepada asnaf

Zakat MAINPP telah mengagihkan lebih RM171.53 juta kepada asnaf setakat 30 November, mencapai 86% daripada sasaran agihan tahunan RM199.75 juta.

GEORGE TOWN: Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah mengagihkan lebih RM171.53 juta setakat 30 November lepas.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata jumlah itu mewakili 86 peratus daripada peruntukan agihan tahunan RM199.75 juta.

“Angka itu menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan dana zakat disalurkan dengan pantas dan tepat kepada mereka yang berhak,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata ia membuktikan ketelusan dan profesionalisme institusi zakat dalam melaksanakan amanah umat.

Mohamad turut yakin sasaran kutipan zakat RM200 juta tahun ini boleh dicapai.

Prestasi terkini menunjukkan kutipan sebanyak RM143.45 juta atau 72 peratus daripada sasaran telah berjaya dikumpul.

Pihaknya hanya memerlukan tambahan RM56.55 juta sepanjang bulan Disember untuk mencapai sasaran penuh.

“Prestasi kutipan zakat pada Disember 2024 beri petunjuk positif apabila sebanyak RM43.87 juta berjaya dikutip,” katanya.

Jumlah itu mewakili kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan kutipan tahunan 2024 berjumlah RM172.86 juta.

Dalam usaha mempergiat kutipan, MAINPP akan melancarkan “Kempen Zakat Sprint Month”.

Kempen itu menawarkan peluang kepada pembayar zakat untuk memenangi hadiah utama pakej menunaikan umrah dengan bayaran zakat serendah RM500.

Pada majlis sama, Mohamad turut menyerahkan sagu hati kepada 240 kariah di semua daerah seluruh Pulau Pinang.

Seramai 806 orang jawatankuasa bagi setiap kariah menerima penghargaan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM504,200.

Related

spot_img

Latest

AS Watson Celebrates 185 Years of Growth, Resilience and Purpose

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 January 2026 - AS Watson, the world's largest international health and beauty retailer, announces the kick-off of its 185th anniversary today, celebrating nearly two centuries of growth, resilience and reinvention.

YTL Cement’s CDL Academy and Universiti Teknologi Malaysia Sign MoU to Advance Talent Development and Research Innovation in Sustainable Construction

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 15 January 2026- CDL Academy Sdn. Bhd. (CDL Academy), the learning and development arm of YTL Cement Group, and Universiti Teknologi Malaysia (UTM) have signed a Memorandum of Understanding (MoU) on 9 January 2026 to strengthen collaboration in talent development, applied learning, and sustainable construction practices for Malaysia's engineering sector.

Most Viewed

ORUN Launches Heirs of Greatness in Casablanca, a Pan-African Platform Advancing Cultural Sovereignty

CASABLANCA, MOROCCO - EQS Newswire - 14 January 2026 – ORUN, a subsidiary of African Currency Network (https://ORUN.Africa), announces the launch of the first edition of Heirs of Greatness Day, a foundational initiative that brought together key players from the cultural and creative industries (CCI) in Casablanc
spot_img

Popular Categories