the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Kesihatan minta sabar tunggu laporan kes anak Rafizi Ramli

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta semua pihak untuk bersabar dalam menunggu keputusan laporan perubatan berkaitan kes anak lelaki bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata perkara itu masih dalam peringkat siasatan dan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.

“Perkara ini sesuatu yang akan memerlukan masa untuk siasatan dan rawatan, kita perlu mengizinkan siasatan itu berada atas landasannya.

“Kita kena bersabar sedikit untuk mendapatkan satu dapatan dan hasil yang saya yakin dapat mengadili perkara ini dengan baik,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan anak lelaki Rafizi diserang di kawasan menurunkan penumpang di sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira 2 petang pada 13 Ogos lepas.

Rafizi mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dengan seorang daripada mereka bertindak mengheret anaknya sebelum mencucuk sesuatu menggunakan jarum suntikan.

Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata polis telah mengambil keterangan 19 individu termasuk ahli keluarga Rafizi, pemandu, pekerja serta beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

Mohd Khalid berkata polis masih menunggu laporan kimia daripada pihak hospital berkaitan cecair yang disuntik kepada anak Rafizi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings