the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar nafi dakwaan serah tanah Sabah-Kalimantan kepada Indonesia

PM Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pembangkang bahawa Malaysia serah 5,000 hektar tanah sempadan kepada Indonesia, sifatkan ia maklumat palsu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah di kawasan sempadan Sabah-Kalimantan kepada Indonesia.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab, Anwar berkata dakwaan berkenaan merupakan satu penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh pembangkang yang menyebarkan maklumat palsu, menggunakan fakta salah serta memperalat sentimen agama untuk mengelirukan rakyat.

“Ini masalah pembangkang yang menggunakan kebebasan bercakap untuk merapu, berbohong, menggunakan Islam dan nama Islam untuk menipu serta menyebarkan fakta yang salah.

“Kalau dia tanya kami, minta Perdana Menteri beri penjelasan tak apa. (Ini tidak) dia buat hukuman, menipu terus menerus. Saya tak boleh terima alasan sebegini. Ini bukan perangai pembangkang yang wajar dalam negara kita,” kata beliau.

Anwar mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada kerajaan Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan dan menggesa kerajaan membincangkan perkara itu di Parlimen.

Mengulas sama ada kerajaan akan memberi penjelasan lanjut di Parlimen berkenaan perkara itu, Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian tidak perlu memandangkan tuduhan terbabit jelas bersifat palsu dan berniat jahat.

“Tak perlu beri penjelasan. Mereka yang membuat tuduhan, menipu dan memfitnah secara berterusan mesti bertanggungjawab. Kita tidak boleh terima kaedah politik yang buruk dan busuk seperti ini,” kata beliau.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah di Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak dekat sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings