the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi Fadzil bantah pelantikan bekas tentera Israel oleh TikTok

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil membantah keputusan platform media sosial, TikTok untuk melantik seorang bekas anggota tentera Israel (IDF) sebagai pengurus kandungan kebencian di New York, Amerika Syarikat.

Beliau berkata tindakan itu sebagai tidak sensitif dan tidak berintegriti daripada platform berkenaan, selain khuatir penggunaan algoritma untuk mengawal jenis kandungan bagi pengguna di Malaysia.

“Selepas mengetahui pelantikan itu, saya segera menyampaikan bantahan awal dengan menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TikTok sendiri.

“Mereka mungkin berkata itu separate tapi saya tak lihat itu sebagai satu perkara yang separate.

Fahmi turut mempersoalkan tindakan TikTok membayar gaji yang tinggi kepada bekas pelatih IDF itu pada masa mereka sedang memberhentikan ramai pekerja, termasuk di Malaysia, susulan peralihan ke arah kecerdasan buatan (AI).

Berikutan itu, beliau berkata akan mengadakan pertemuan dengan wakil TikTok di Malaysia bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara pada awal bulan depan, untuk penjelasan lanjut daripada platform media sosial itu.

Beliau juga tidak menafikan bahawa tindakan tegas boleh diambil ke atas platform tersebut yang telah dilesenkan di Malaysia, namun ia akan diputuskan selepas pertemuan bulan depan.

“Apa-apa tindakan pun perlulah bersifat rasional kerana kita tahu TikTok juga menjadi ruang perniagaan dan sumber rezeki ramai rakyat Malaysia, termasuk peniaga kecil dan penggiat kandungan.

Fahmi berkata pendirian Malaysia akan kekal konsisten dalam menyokong kebebasan Palestin tanpa syarat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Federal court sets Oct 8 to hear Zahid, AG’s bid to block Malaysian Bar’s...

The Federal Court has set Oct 8 to hear applications by Zahid Hamidi and the Attorney-General seeking leave to appeal against a Court of Appeal ruling that allowed the Malaysian Bar to challenge the Yayasan Akalbudi case discontinuation

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings