the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hormati Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan negara – PM

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jalur Gemilang perlu dihormati sebagai lambang kebanggaan negara dan tidak menjadikan ia sebagai alat yang memanaskan suhu perpecahan antara kaum.

Beliau berkata jika wujud kesilapan melibatkan Jalur Gemilang, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan sewajarnya tidak kira sama ada jabatan kerajaan atau swasta.

“Bulan ini bulan merdeka, mudah-mudahan kita ambil kesempatan untuk naikkan semangat… muliakan Jalur Gemilang dan pupuk semangat perpaduan yang boleh jaga keamanan dan tumpu ke arah mengangkat martabat negara kita.

“Bendera itu tanda, lambang kebanggaan negara, jadi kena jaga,“ katanya ketika berucap merasmikan fasiliti kilang pembuatan kenderaan perisai milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan hari ini.

Perdana Menteri juga menyeru semua pihak agar meningkatkan semangat perpaduan dan mencintai negara sempena Bulan Kebangsaan ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan berterusan pasukan keselamatan termasuk angkatan tentera, polis serta agensi penguatkuasaan yang harus sentiasa dihargai.

“Bila kita bercakap soal pelaburan tinggi, pertumbuhan negara yang baik dan negeri yang aman, kita tidak boleh lupa bahawa semua ini kerana pasukan keselamatan.

“Siapa jangka ada peperangan Thailand-Kemboja? Siapa jangka pergaduhan di Myanmar berlarutan?

“Bila ada pergaduhan itu, ia melibatkan juga… melimpah sampai ke Thailand ke Bangladesh dan ke Malaysia… sebab itu, kita (pasukan keselamatan) harus sentiasa bersiap siaga dan bersedia,” katanya – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings