the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ Perak kutip RM30.7 juta melalui diskaun saman 50 peratus

JPJ Perak catat kutipan kompaun RM30.7 juta menerusi diskaun saman 50%, dengan hasil anggaran tahunan mencecah RM239 juta.

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM30.7 juta menerusi diskaun saman 50 peratus yang berakhir pada 30 Disember tahun lepas.

Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM25.8 juta kutipan kompaun yang direkodkan pada 2024.

JPJ Perak juga berjaya membuat kutipan hasil anggaran sebanyak RM239 juta pada tahun lepas manakala kira-kira RM217 juta pula direkodkan pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan Operasi Pengarah Bilangan 1 Tahun 2026 di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Dalam operasi itu, sebanyak 226 notis kesalahan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Kesalahan tersebut antaranya tidak mempunyai lesen memandu, tidak memperbaharui lesen kenderaan motor dan insurans.

Pelaksanaan operasi itu bertujuan memantau dan memastikan tahap pematuhan orang awam terhadap peraturan lalu lintas.

Ia khususnya menyasarkan kalangan penunggang motosikal yang antara pengguna jalan raya paling terdedah kepada risiko kemalangan.

Sementara itu, Mohammad Yusoff berkata pihaknya masih mengambil pendekatan advokasi untuk menangani pemakaian topi keledar tanpa kelulusan SIRIM.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah menggariskan penggunaan peralatan kenderaan di atas jalan raya supaya perlu mematuhi spesifikasi SIRIM.

“Kami buat teguran dan sekiranya kami melaksanakan advokasi berkaitan pemakaian topi keledar, maka kami akan tukarkannya dengan topi keledar bercop SIRIM,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings