the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 10 suspek kes pergaduhan bersenjata di Lukut

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Polis Port Dickson tahan 10 lelaki susulan pergaduhan bersenjata parang di Jalan Pekan Lukut, dengan tujuh suspek mempunyai rekod jenayah.

PORT DICKSON: Polis menahan seorang lagi suspek, menjadikan jumlah keseluruhan 10 individu berhubung kes pergaduhan menggunakan senjata parang di Jalan Pekan Lukut di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 8.05 malam.

Kesemua suspek yang ditahan adalah lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

“Hasil semakan mendapati tujuh daripada suspek tersebut mempunyai pelbagai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kesemua suspek akan didakwa di Mahkamah Seremban dan Port Dickson.

Enam individu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 326, 427 dan 323.

Manakala empat lagi suspek akan dijadikan saksi dalam kes tersebut.

Sebelum ini, polis telah menahan sembilan lelaki dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings