the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka esok

KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian serba putih pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka esok, bagi membawa suara Malaysia sebagai negara yang teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan keamanan buat bumi Gaza.

Dijangka menghimpunkan lebih 100,000 peserta dari seluruh negara, acara itu akan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menyampaikan syarahan perdana dan ucapan perasmian.

Turut serta, Pengarah Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby serta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia dan Pengarah Konvoi Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Acara itu diselitkan dengan pelbagai pengisian rohani termasuk solat hajat perdana, bacaan Qunut Nazilah, persembahan khas qasidah, serta gimik perasmian pelepasan delegasi Sumud Nusantara untuk Flotilla Gaza.

Acara anjuran bersama MAPIM dan Cinta Gaza Malaysia itu dinaungi Perdana Menteri yang juga Penaung Sumud Nusantara serta disokong Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Program berkenaan adalah acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025 yang bermula semalam hingga esok.

Antara tarikan karnival itu termasuk VR Gaza Time Tunnel, satu inovasi kemanusiaan oleh MAPIM, pertunjukan belon panas, Havoc Food Festival, pameran pelbagai agensi, pelancaran Ensiklopedia Himpunan Projek Malaysia di Gaza (Gaza 101), Kids World Hall dan tayangan filem berkisar perjuangan Gaza.

Lebih 1,000 kenderaan dari seluruh negara dan lapan negara luar dijangka menyertai konvoi darat solidariti dengan membawa bendera Palestin menuju ke Dataran Merdeka sebagai tanda kesatuan masyarakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kemudahan awam termasuk surau disediakan namun orang ramai dinasihatkan membawa tikar, sejadah dan payung serta digalakkan menggunakan pengangkutan awam demi keselesaan dan kelancaran acara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings