the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siasatan kes buli kanak-kanak Johor hampir selesai, dirujuk TPR

JOHOR BAHRU: Siasatan polis berhubung kes buli seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad berkata ia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat berhubung tindakan lanjut.

Beliau menyatakan polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu berhubung kes berkenaan setakat ini.

“Kita akan rujuk terlebih dahulu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan pandangan dan nasihat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau menambah mungkin akan ada arahan tambahan bagi melengkapkan siasatan kes ini.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak berkenaan dikatakan dibuli di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Februari dan Ogos lepas.

Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk gegaran otak dan masalah ingatan.

Ibu kanak-kanak itu telah membuat dua laporan polis.

Laporan pertama dibuat di Balai Polis Skudai pada 23 Mac lepas.

Laporan kedua dibuat di Balai Polis Larkin empat hari lepas.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Ab Rahaman meluangkan masa melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital KPJ Pakar Puteri di sini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings