the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

60 belia asnaf ikuti kursus TVET tajaan Zakat MAINPP di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Seramai 60 pelatih belia asnaf terpilih menyertai program latihan kemahiran di bawah Divisyen Projek Khas Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Zakat MAINPP).

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menyatakan program ini memberi peluang kepada peserta mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama enam bulan.

Latihan tersebut dijalankan di empat agensi rakan kerjasama Zakat MAINPP iaitu Akademi Binaan Malaysia, Kulim Advanced Technologies, Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dan GRAB Malaysia.

Kursus yang ditawarkan merangkumi bidang binaan, elektrik, teknologi industri dan disertakan sijil pengiktirafan selepas tamat latihan.

“Kesemua pelatih ini mendapat tajaan penuh daripada Zakat MAINPP dengan peruntukan RM3 juta setahun bagi memacu agenda TVET di negeri ini,“ jelas Mohamad.

Beliau berharap graduan program ini mampu memasuki industri berpendapatan tinggi atau memulakan perniagaan sendiri untuk menjadi penyumbang zakat (muzakki) pada masa depan.

Program ini dilancarkan sempena Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Theraphy dan Pelepasan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP 2025.

Seramai 120 pelatih telah menerima manfaat daripada projek ini sejak penstrukturan semula zakat tahun lepas.

Selain TVET, Zakat MAINPP turut melaksanakan inisiatif pemberdayaan wanita asnaf melalui program keusahawanan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi.

Program Usahawan Wanita Ummi Theraphy dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melesenkan terapis perubatan tradisional.

Sebanyak 40 terapis berjaya memperoleh lesen perniagaan dengan jenama Ummi Therapy hasil rebranding MyBeedan untuk tujuan komersial.

Mohamad menegaskan program seumpama ini bukan sahaja membantu mengurangkan kemiskinan tetapi juga menggalakkan sumbangan kepada dana zakat.

Kutipan zakat yang meningkat membolehkan lebih banyak bantuan diagihkan kepada golongan memerlukan di Pulau Pinang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings