the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tun Musa Aman arah siasatan menyeluruh, telus kes kematian Zara Qairina

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan telus, berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.

Istana Seri Kinabalu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan itu mestilah dilaksanakan dengan penuh ketelitian, tanpa rasa takut atau pilih kasih, berlandaskan kepada kebenaran dan keadilan.

“Bedah siasat telah dilakukan semalam dan siasatan kini sedang dijalankan dan menunggu hasil bedah siasat tersebut.

“Setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya. Menuntut keadilan bukanlah satu bentuk pembalasan. Sebaliknya ia suatu perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum mereka yang bersalah,” menurut kenyataan itu.

Istana Seri Kinabalu juga menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil, serta berdiri seiring dengan keluarga Zara dalam mencari jawapan dan penyelesaian kes ini.

Justeru, Istana Seri Kinabalu turut menyeru orang ramai terutamanya pengguna media sosial supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan tuduhan tidak berasas atau menggalakkan teori konspirasi berhubung kes itu.

Kenyataan itu menekankan bahawa tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menggugat integriti siasatan malah boleh menyebabkan kesedihan yang lebih mendalam kepada keluarga Zara yang sedang berduka.

“Tuan Yang Terutama Tun (Musa) dan Toh Puan (Faridah Tussin) bersama seluruh rakyat di negara ini, merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Zara, dan mendoakan semoga keluarga Zara diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan amat berat ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri khusus untuk Zara Qairina akan diadakan Khamis ini (14 Ogos) selepas solat maghrib di Masjid Bandaraya di sini, dan turut diadakan secara serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri pada tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan itu Tun Musa menggalakkan umat Islam hadir di majlis tersebut dan mereka bukan beragama Islam berdoa untuk Zara Qairina mengikut kepercayaan masing-masing, sambil menegaskan keselamatan dan kebajikan anak-anak mestilah sentiasa menjadi keutamaan semua pihak.

“Tuan Yang Terutama Tun mendoakan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham Zara dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta memberikan kekuatan kepada kita untuk melindungi anak masing-masing bagi mengelakkan berulangnya tragedi seperti itu pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan bahawa mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut oleh PDRM demi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Berikutan itu, pada Sabtu, jenazah remaja tersebut digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, serta dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat sebelum selamat dikebumikan semula awal pagi tadi di tanah perkuburan sama.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai.

Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pagi 16 Julai- BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings