the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cubaan Israel duduki Gaza mesti ditentang sekeras-kerasnya – Duta China

NEW YORK: Cubaan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza mesti ditentang sekeras-kerasnya, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong.

Beliau membuat gesaan itu semasa sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Ahad susulan Kabinet Keselamatan Israel meluluskan rancangan pengambilalihan kawalan ke atas Bandar Gaza.

Fu berkata Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Palestin.

Sebarang cubaan untuk mengubah demografi atau struktur wilayah Gaza mesti ditentang dengan tegas.

Beliau menggesa supaya kerajaan Israel mendengar suara masyarakat antarabangsa dan rakyat, menghentikan serta-merta segala tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta menamatkan operasi ketenteraan terhadap Gaza.

Negara-negara yang mempunyai pengaruh besar terhadap pihak-pihak terbabit perlu menunjukkan sikap yang adil dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan praktikal untuk mendorong pelaksanaan gencatan senjata, katanya.

Fu turut mendesak agar Israel memenuhi kewajipannya sebagai kuasa pendudukan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membuka semua lintasan sempadan dan menarik balik sekatan ke atas akses bekalan bantuan.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa melipatgandakan usaha bagi mempercepat pelaksanaan formula ‘penyelesaian dua negara’ dan bersama-sama menentang sebarang tindakan unilateral yang menjejaskan asas formula berkenaan- BERNAMA-CMG

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings