the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PLUS lancar sistem ANPR untuk kebebasan lorong tol di sembilan plaza

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PLUS perkenal sistem ANPR di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua, benarkan kenderaan persendirian guna mana-mana lorong tol tanpa peranti tambahan

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperkenalkan projek rintis sistem pembayaran tol terbuka berasaskan pengecaman nombor plat automatik (ANPR) untuk kenderaan persendirian.

Sistem ini dilaksanakan di sembilan plaza tol dalam jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua sepanjang 87.7 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan inisiatif ini menandakan langkah awal ke arah pelaksanaan sistem Aliran Pantas Berbilang Lorong (MLFF) di Malaysia.

Menerusi sistem ANPR, pengguna berdaftar tidak lagi terikat kepada lorong tol tertentu dan boleh menggunakan mana-mana lorong.

Plaza tol terlibat ialah Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

Fasa pertama projek rintis ini dijangka melancarkan aliran trafik dan mengurangkan risiko pertukaran lorong pada saat akhir.

Kamera ANPR di plaza tol akan mengesan nombor plat kenderaan untuk pemprosesan caj tol secara automatik.

Caj akan diproses melalui platform pembayaran mudah alih yang dipautkan kepada kaedah pembayaran pilihan pengguna.

Sistem ini disokong kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan.

Keadaan itu termasuk cuaca berbeza, kelajuan, sudut pandangan dan nombor plat tidak standard.

Tahap ketepatan sistem dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Pengguna perlu memuat turun aplikasi JustGO Malaysia dan mendaftarkan kenderaan mereka.

Mereka juga perlu menghubungkan kaedah pembayaran pilihan seperti kad debit atau kredit.

Pengguna boleh memandu seperti biasa tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan atau kos pendahuluan.

Aplikasi JustGO Malaysia dibangunkan sebagai platform pembayaran digital terbuka untuk dimiliki bersama industri lebuh raya.

Ia memperluas pilihan pembayaran tol selaras dengan aspirasi kerajaan untuk kaedah lebih fleksibel.

Kaedah pembayaran tambahan seperti e-dompet dan perbankan dalam talian akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Kaedah pembayaran tol sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID masih boleh digunakan seperti biasa.

PLUS memaklumkan ujian menyeluruh sistem ANPR telah dijalankan sejak September 2024.

Ujian itu dilakukan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan konsesi lebuh raya lain.

Keputusan ujian menunjukkan pengesanan lebih pantas berbanding sistem sedia ada.

Sepanjang tempoh projek rintis, palang tol akan kekal digunakan di plaza.

Pengguna dinasihatkan mengekalkan kelajuan antara 20 hingga 25 kilometer sejam ketika melalui plaza tol.

Mereka tidak perlu berhenti di lorong tol yang dilengkapi sistem ANPR.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysians can now report smoking offences directly through MyLapor

Malaysians can now report smoking violations directly to health authorities without confronting offenders, following the launch of MyLapor, a new digital complaint system aimed at strengthening enforcement of the country’s anti-smoking laws.

No recent meetings with AirAsia, says Loke

The Transport Ministry has not held any meetings with AirAsia representatives in the past two to three weeks, Transport Minister Anthony Loke said, amid reports of discussions between the budget carrier and the government over possible financial assistance.

Most Viewed

spot_img